Sunday, August 1, 2010

Ape itu Preservation?



Ape itu preservation atau memelihara??ni tajuk term yg aku kene buat tuk bsp3 under tajuk Methods of Conservation (of building and monuments). mengikut wikipedia preservation membawa maksud "Historic preservation or heritage conservation is a professional endeavor that seeks to preserve, conserve and protect buildings, objects, landscapes or other artifacts of historic significance. Other names for the discipline include urban conservation, landscape preservation, built environment conservation, built heritage conservation, object conservation, and immovable object conservation"... ini ialah ct building yg harus dipelihara.nama rumah ni Rumah Ghani atau natar..ni gambar seblom dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara...Kali nie saya nak kongsi bersama dengan anda diluar sana.... entah la ader follower ker x tau la... hahhaaa.... kali nie saya nak cerita pasal Rumah Penghulu Natar. Sebelum meneruskan lagi crite nie saya nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada blogger @ pemberi maklumat yang membantu saya secara langsung atau tidak....

Apa tujuan saya crite pasal rumah nie..
sbb seni rekanya yang unik... Rumah Penghulu Abdul Ghani terletak di Pekan Merlimau kira-kira 22 km dari Bandar Melaka menghala ke Muar. Rumah unik bersenibina campuran ini di bina dalam tahun 1914 oleh Datuk Penghulu Abdul Ghani, Penghulu Kawasan Merlimau.

Sejarahnya....

Masyarakat Islam telah wjud di Merlimau sejak abad ke-18 lagi. Oleh itu, sudah sewajarnya di Merlimau mempunyai sebuah masjid untuk mereka menunaikan fardu Jumaat. Penduduk Merlimau bertambah dari masa ke masa, Pada tahun 1900 Merlimau sudah ada seorang Khadi iaitu Tuan Hj Abd Rahman bin Hj Abd Majid.

Pentadbiran politik di Merlimau juga sudah teratur dengan sistem Penghulu dan sidangnya. Penghulu Merlimau pertama dilantik oleh British iaitu Datuk Penghulu Basuk, beliau digantikan dengan Datuk Penghulu Abd Majid, kemudian digantikan Penghulu Demang Abd Ghani, kemudian Penghulu Md Natar bin Abd Ghani, pada masa ini Penghulu Lazan bin Ali sebagai Penghulu Merlimau. Merl
imau di abad ke-19 telah didirikan Masjid pertama pada tahun 1889-1920, masjid ke-2 tahun 1921-1931, masjid ke-3tahun 1931-1964, masjid ke-4 tahun 1964-1997, masjid ke-5 tahun 1998 hingga sekarang. Pada tahun 1960an masyarakat Islam Merlimau bertambah dengan pesatnya. Masjid yang ke-3 Merlimau sudah tidak dapat menampunh jemaah yang begitu ramai. Timbul dua idea di kalangan pemimpin adat dan syarak di Merlimau. Pertama untuk membina sebuah masjid baru yang lebih luas dan ke dua untuk memecahkan qariah Merlimau kepada dua.

Setelah berbincang panjang lebar dengan Jabatan Agama Islam Melaka semua bersetuju untuk kedua-dua rancangan itu iaitu Masjid yang lama diroboh/dibesarkan, qariah Merlimau dipecah dua dan sebuah masjid baru didirikan Imam yang paling awal yang dikesan ialah 'Tok Imam', tidak diketahui tarikh sebenar beliau menjadi imam di Merlimau, tetapi dari nisan yang terdapat pada makamnya jelas beliau tinggal di Merlimau dalam tahun 1750an hingga 1880an. Tuan Hj Basiron Hj Khamis imam hingga tahun 1890an.

Tuan Imam Yusof menjadi imam hingga tahun 1927. Hj Ab Rahman menjadi imam hingga tahun 1930an. Tuan Hj Putih Said menjadi imam hingga tahun 1940. Tuan Hj Abu Shujak hingga tahun 1959. Tuan Hj Mokmin Kolop hingga tahun 1987. Tuan Hj Othman Abdullah hingga tahun 1995. Imam 1 Hj Usof bin Junan dan Imam 2 Hj Adnan bin Md Nor dari tahun 1995 hingga sekarang.


Nak tengok camner rupa bentuknya setelah diubah suai oleh JWN....


.






kla..jumpa lg..salam


2 comments:

Unknown said...

hahaha..bosan gle entry nih

zErOEiGhTyNiNE said...

hahaha...ni tuk rujukan bdak2 bs la...xpe2..nanti aku buat lawak plak...k hadi..teruskan menyokong...