Sunday, February 20, 2011

Syor wujud juruukur bangunan

CADANGAN Kementerian Pelajaran untuk melantik juruperunding bagi menilai dan mengawal selia sekolah yang daif di seluruh negara satu langkah bijak bagi memastikan keperluan rakyat sentiasa pada tahap memuaskan.

Ramai yang sedia maklum profesion juruukur bangunan adalah kursus profesional yang berkelayakan untuk menjalankan tanggungjawab itu kerana kursus ukur bangunan sememangnya memberi penekanan khusus dalam bidang audit bangunan yang diiktiraf oleh Institution of Surveyors Malaysia (ISM), The Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS) dan Association of Building Engineers, United Kingdom (ABE).Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga memberikan pengiktirafan sebagai ijazah profesional di bawah skim perkhidmatan J41, J44, J48, J52 dan J54.Selain itu, profesion ini juga memenuhi keperluan industri pembinaan bagi menjamin kualiti pembinaan dan bangunan agar ia mematuhi undang-undang serta piawaian, di samping untuk mendapatkan penyenggaraan bangunan yang terbaik.

Sehingga kini lebih 2,000 graduan juruukur bangunan sudah dilahirkan dari Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Malangnya, disebabkan ketiadaan Akta Juruukur Bangunan, khidmat juruukur tidak dapat digunakan oleh orang awam dan kerajaan terutama bagi menjalankan kerja pemeriksaan bangunan serta penyediaan laporan audit bangunan dengan lebih teratur.

Untuk tujuan pewujudan akta itu, pihak ISM berusaha selama lebih 16 tahun menerusi perbincangan, dialog, taklimat dan sebagainya, namun menemui jalan buntu.
Kesedaran perlunya profesion juru ukur bangunan ini amat dirasai apabila bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, menubuhkan Bahagian Juruukur Bangunan di Jabatan Kerja Raya pada 12 Jun 2007 iaitu selepas negara dikejutkan dengan beberapa siri kerosakan bangunan seperti siling runtuh, bumbung bocor dan sebagainya.

Susulan daripada peristiwa itu, Samy Vellu memaklumkan kepada Ahli Dewan Negara pada 19 Disember 2007 bahawa jemaah menteri meluluskan cadangan menubuhkan akta dan lembaga untuk juruukur bangunan.

Sehingga kini, tiada sebarang tindakan dan pelaksanaan oleh pegawai yang bertanggungjawab di peringkat kementerian terbabit. Keadaan ini merugikan graduan, kerajaan dan orang awam.

Banyak manfaat bakal diperoleh jika profesion juruukur bangunan diwujudkankerana mutu dan keutuhan bangunan yang dibina terjamin.

AHMAD FAUZI MD SOOD,
Bahagian Ukur Bangunan, Pertubuhan Juruukur Malaysia.

Resource: Berita Harian 19/02/2011

Monday, February 14, 2011

Liger : Biggest cat in the world


Liger ialah kacukan singa jantan (Panthera leo) dan harimau betina (Panthera tigris), oleh itu induk-induknya sama genus tetapi berlainan spesis. Nama "liger" jelas berasal dari perkataan Inggeris lion dan tiger.

Liger

Tiglon

Liger adalah berbeza dari kacukan tiglon (harimau jantan + singa betina). Liger adalah yang terbesar di kalangan semua jenis kucing yang masih wujud kerana menikmati kecergasan hibrid. Liger mewarisi sifat kedua-dua spesies induknya, termasuklah kebolehan berenang dari harimau dan gemar bersosial seperti singa. Sungguhpun demikian, liger sering menghadapi pelbagai risiko kesihatan dan bermacam-macam masalah lain. Liger hanya wujud dalam kuruang kerana singa dan harimau asli berasal dari kawasan berlainan dan tidak sama sekali hendak saling berbiak dengan relanya di alam liar. Liger lebih besar berbanding kedua-dua spesies induknya, tetapi biasanya ini membahayakan harimau betina yang bunting sehingga perlunya melahirkan anak melalui pembedahan Caesarean. Liger biasanya pendek hayatnya di samping mengalami kecacatan sejak lahir dan pelbagai mutasi yang lain.

Ingin melihat Liger yang sebenar, klik di sini.